CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 7, 2010

::....KESEPAKATAN....::

"Nak masak lauk ape ye esok..??"
"Abg nak makan lauk ape..??"
"Lauk ikan keli nak..??"
"Tak nak la..Tak reti nak masak ape.."
"Habis tu nak beli ikan apa esok..??Tak kan ikan sardin lagi.."
"Beli la ikan keli..Nanti search kat internet cara2 nak masak ikan keli.."
::::::::::::::::::::

Tiap hari Isnin, hubby kerja tengah hari..So, tiap pagi Isnin dia kena pergi ke Pasar..Beli ikan, sayur & apa2 aje benda yang nak dimasak..Selalunya kami berbincang dulu nak masak apa..Kena dua2 setuju..Lagipun selera orang ni lain2..Apa yang kita suka, dia tak suka..Begitulah sebaliknya..Jadi kena ada kata sepakat lah..Masing2 puas hati...

Malamnya kami dah bincang nak masak "ikan keli masak merah"..Hubby nak sangat makan..Jadi aku kena lah search dulu cara memasaknya..Esok pagi tak ada lah terpinga2 nak masak..Bukan tak pandai masak, cuma risau silap aje..Selalunya kita masak ni untuk suami kan..Kena lah jaga perut dia dulu..

Bab ikan2 sungai ni aku memang tak reti sangat nak masak..Maklumlah famili kami ni tak makan ikan sungai..Majoritinya makan ikan laut aje..Bila tak pernah tengok mak masak ikan sungai, jadi masalah lah pada aku ni..So, bila nak masak tu pandai2 lah kan..Dah pesan kat hubby suruh orang kat Pasar tu buang siap2 isi perut ikan..Sebab tak reti nak siang ikan sungai..Resipi ikan keli ni aku dapat kat Mesra.net Resepi..

Berjaya juga aku masak lauk ni..Walaupun tak sedap macam kat kedai makan..Kurang2 aku dah mencuba..Percubaa pertama tak semestinya sempurna..Yang penting jangan putus asa..Cuba lagi.. (^_^)


Saturday, June 5, 2010

::....TAK ADA KERJA..BIKIN KERJA....::

Bila jadi fulltime housewife ni, diri jadi makin malas lak..Buat kerja sikit dah penat..Al-maklumlah hari2 tak ada kerja..Bila tak ada kerja, mula la bosan..Bila bosan, mula la pikir yang bukan2..Maksudnya macam2 idea datang..Nak buat ini lah..Itulah..Tapi bila dah buat, sekerat jalan la pulak..Penyakit malas menyerang balik..

Bila tak ada kerja ni, saja cari kerja..Walaupun kerja yang tak penting..Itulah sedang aku buat bila tak ada kerja..Iaitu menyalin resipi2 macam kek, biskut, lauk pauk & segala macam benda makan yang aku nak try buat. Rasa macam buang masa..Yer lah, benda yang kita boleh copy kat internet, & then save aje lam pc..Tapi aku terlebih rajin pula..Dah save kat pc, aku salin balik kat buku..Tulis lawa2..Memang tak ada kerja la tu..

::....bUkU rEsEpIkU....::
Inilah dia buku yang aku maksudkan..Lebihan buku yang tak dipakai lagi, aku ambil jadikan buku resepi..Kadang2 berguna gak buku ni..Bila aku terlupa @ tak tahu nak masak sesuatu, aku rujuk aje buku ni..Kalau nak search internet tu boleh je, cuma kadang2 line problem..Bila nak masak, cari resepi aje line hampeh..Terpaksa tunggu..Sekarang dengan adanya buku ni, tak perlu nak susah2 dah..Masak sambil pegang buku disebelah..

Ada apa dalam buku..??Ni lah dia isi kandungan lam buku tu..Aku tulis elok2..Walhal aku sorang pun yang baca..Bukan apa..Sedap mata memandang..Tersusun aje..Aku tak tahu nak tulis apa lagi ni..Setakat ni aje lah..Masa dah tiba untuk memasak..Bubye...


Friday, June 4, 2010

::....JANGAN MALU DIBILANG ORANG KAMPUNG....::

Abang di hulu
Adik di kuala
ku hanyut rindu
ku hanyut rindu..dalam perahu
:::::::::::::::::::
Bulan lepas aku & hubby pergi ke pekan Kuala..Alang2 kami dari Taiping..Saja menyinggah ke Kuala..Dalam setengah jam lebih kalau drive dari Taiping..Ada apa pada Kuala??..Ramai yang duduk Kuala tak berminat nak cerita pasal pekan dorang ni..Kalau ditanya kompom dorang jawab "Tak ada apa pun menarik kat Kuala"..Aku lebih suka tengok suasana kat Kuala..Janganlah sombong dengan tempat sendiri kan..Kalau dah turun temurun dari tok nenek duduk pekan, kenapa nak malu..

Bila ditanya aje.."Awak asal dari mana??..Jawabnya.."Saya lahir kat ( mana2 selain Kuala), baru pindah 6 tahun lepas kat Kuala"..Erm..Tapi mak ayah nya orang jati Kuala..Tu pun tak nak mengaku lagi..Setakat masa zaman hingusan aje duduk negeri orang tak payah la nak cerita yang kita ni bukan orang Kuala..Tak semestinya orang Kuala..Mana2 yang malu mengaku diri tu orang kampung..Bawa lah bertaubat..

Berbalik pada kisah aku & hubby tadi..Sampai aje kat Pekan Kuala, kami pusing2 aje..Pastu singgah solat Zuhur kat Masjid Ubudiah(betul kot nama ni)..Lawa masjidnya..Belang2 lagi..Aku tak ambil gambar apa pun kat Kuala ni..Pakai camera handfon ni tak puas hati rasanya..Gambar blur la..


::....mAsJiD uBuDiAh....::
Lepas kami singgah kat masjid, kami pusing2 lagi & terus balik ke Penang..Lagipun masa tu hujan rintik2..Nak berjalan2 pun tak syok sangat..Nak makan perut kenyang lagi lepas makan kat rumah mertua..Masa on de way balik tu, ada la makcik ni jual jagung tepi jalan..Apa lagi, kami pun beli la..Lagipun murah..Susah nak dapat jagung yang banyak & murah..Beli jagung selonggok cukuplah untuk kami berdua..Bajet nak makan jagung rebus sambil tengok tv..hehehe..

Lain kali kami nak singgah Kuala lagi..Musim durian nak tiba dah ni..Dengar2 durian Bukit Gantang sedap..Ke sama dengan durian2 kat tempat lain..Tak tau lah teman..Nanti la kita tengok..

Thursday, June 3, 2010

::....SAYANGI ANAK ANDA....::

Kenapa jadi macam ni??..Sebab apa??..Tak rasa berdosa ke??..Sedih..Sayu..Geram..Itu yang aku rasa bila baca @ tengok berita pasal kes buang bayi ni..Senang2 je buang tepi jalan, tepi longkang, dalam mangkuk tandas..Lebih sadis kalau ada yang dibuang hidup2..Baru2 ni aku tengok berita pasal seorang lagi bayi yang dibuang di tepi jalan..Sedihnya hati tengok keadaan bayi tu..Tak ada hati perut betul orang yang buat macam tu..

Bila kita bakal jadi mak @ dah jadi mak ni, hati lagi rasa sedih..Orang yang buang bayi tu tak rasa ke kasih sayang semasa mengandungkan bayi tu..Tak rasa bahagia ke dia..Dalam perut lagi dia nak belaian kita..Dia bergerak2..Menendang manja..Dia seolah2 berkomunikasi dengan kita..Kenapa bila dah dilahirkan, dia dibuang macam tu aje..

Berdosa ke jadi seorang ibu ni..Jadi bebanan ke kalau bergelar mak..Sapa kata jadi seorang ibu ni rasa tak dihargai??..Tak kisahlah ada para ibu melahirkan anak tanpa bapa tapi hargailah anak itu..Peliharalah dia..Dia yang akan mendoakan kita kelak..Kalau rasa ibu2 ni tak dihargai, apa gunanya sambutan Hari Ibu..Itu tandanya seluruh dunia menghargai pengorbanan ibu2 ni..Berbanggalah jadi ibu..Tak semua orang berpeluang manjadi ibu ni..Hargai lah..

::....LAGU & MEMORI....::

Bila duduk sorang2 ni selalu aje terbayang kenangan lama..Tambah2 bila dengar lagu..Tak kisah la lagu apa..Mesti aje teringat sesuatu di sebalik lagu tu..Lagu yang dah pupus sekalipun, bila didengar balik membuat kita senyum sendiri..Kadang2 sedih..Tiba2 je menangis..Itulah dia lagu dan memori..

If you love somebody

could we be this strong


I will fight to win our love will conquer all


Wouldn’t risk my love even just one night


Our love will stay in my heart


My heart
::::::::::::::::::::::

Ini bait2 lagu My Heart..Ramai yang tau lirik lagu ni..Aku petik lagu ni sebab mengimbau kenangan aku & dia (suami) masa kami masih belajar lagi..Bila dengar lagu ni, teringat kembali memori perkenalan kami..My Heart juga 1st movie yang kami tengok bersama..Juga 1st time aku pergi tengok wayang bersama yang tersayang..


Dengar lagu ni juga mengingatkan aku masa kami main tangkap gambar di Taman Tasik Taiping..Masa tu tengah cuti raya..Aku tak balik kampung..Sebab nak balik untuk cuti semester..Ada 2 pilihan..Sama ada balik raya ataupun balik cuti semester..Kami tangkap gambar banyak2..Kira sebagai kenangan bila berjauhan nanti..


Masa tu tahun 2006..Lagu ni masih hangat lagi..Bila aku kat rumah masa tu, dengar pulak jiran sebelah pasang lagu "Pencinta Wanita"..Lagi lah bertambah rindu aku pada si dia..Dah la terpisah 2 benua..Hari2 aku tengok gambar yang kami ambil masa kat Taiping..Masa tu tak sabar lak nak mulakan semester baru..


Bila dah habis cuti, rindu pulak dengan famili & kampung halaman..Dengar lagu ni teringat pulak masa kat rumah..Terngiang2 kat telinga jiran pasang lagu ni..Adeh..Semua serba tak kena..Apa2 pun lagu ni sangat kuat mengingatkan memori antara aku & dia..

::....1 + 1 = 3....::

Macam mana kira 1+1=3 ni..???..Bukan ke 1+1=2 ker..Budak2 tadika pun pandai kira..Tapi kalau dikira secara fizikal, memang betul la 1+1=3...Ramai tak suka no.3 ni..Selalunya dikaitkan dengan hubungan..Tak kisahlah hubungan dalam percintaan, mahupun hubungan rumahtangga..No.3 ni selalu menjadi penyebab keretakan, perpisahan dan lain2 lagi lah..

Tapi aku suka no.3 ni..Tau sebab apa..Bak kata Acha Septriasa "Berdua Lebih Baik"..Bagi aku, "Bertiga Lebih Bahagia..Lebih Indah"..Maklumlah dah lama berdua..Bila dah kawin ni, masa ni lah siap sedia untuk bertiga..Menerima orang baru..Aku sedang mengira2 hari nak sambut orang baru ni..Tak sabar rasanya..Takut memang ada..Maklumlah kali pertama..Aku harap semua berjalan lancar..Kadang2 bila difikirkan memang tak bersedia..Tapi rezeki datang awal..Tak boleh nak tolak..Lepas ni bertambah la rakyat..Nak jadi yang terbaik memang susah..Tapi kena berusaha dengan lebih baik untuk menjadi yang terbaik...


Apa pun, aku bersyukur dengan pemberian-Nya..

Wednesday, June 2, 2010

::....SPAN KUNING....::

Captain: Are you ready kids

Kids: I I Captain.

Captain: I can't hear you.

Kids: I I Captain

Captain: OHHHHHHH

Who lives in a pineapple under the sea?

Kids: SpongeBob SquarePants!

Captain: Absorbent and yellow and pourous is he!

Kids: SpongeBob SquarePants!

Captain: If nautical nonsense be something you wish!

Kids: SpongeBob SquarePants!

Captain: Then drop on the deck and flop like a fish!

Kids: SpongeBob SquarePants!

Captain: Ready?

Captain and Kids: SpongeBob SquarePants, SpongeBob SquarePants,
SpongeBob SquarePants!

Captain: SpongeBob SquarePaaaaannttss!!!

Captain: HA HA HA HA !!!!
:::::::::::::::::::::::::::

Kali ni aku nak share pasal benda kuning ni..Tiap hari aku tengok citer kartun ni..Siang malam ada je kat ASTRO CH612..Mula2 masa orang tengah hangat pasal benda ni, aku tak amik tau langsung..Malah tak tau citer ni pasal apa..Cuma yang aku tau, span kuning aje..Roomate ku siap beli bantal Patrick's lagi..Tu belum campur keychain, housing phone, pembalut hadiah dan apa2 aje yang berkaitan dengan kartun SPONGEBOB... Sekarang baru aku tau sebab apa orang suka kartun tu..Aku mula2 tengok kat TV9..Siaran pukul 5.30ptg..Dulu rumahku tiada ASTRO..Jadi, pukul 5.30ptg aku dah ngadap depan TV semata-mata nak tengok citer kartun ni..Memang best..Selalu sangat tengok kartun tu, aku dah kenal watak2 dalam citer tu..Dan perangai dorang masing2..

::sP0NgEb0b SqUaRePaNtS::


::pAtRiCk'S::

::mR.kRaBs::


::SqUiDwArD::



Tuesday, June 1, 2010

::....YOU'RE MY EVERTHING....::


You're my everything
The sun that shines above you

Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love
You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love
When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love