21 Tanda-Tanda Cinta Sejati1. Orang yang mencintai kamu tidak akan pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu..dia hanya tau hanya kamu satu-satunya.
2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya..dimatanya kamu selalu yang cun / hensem walaupun mungkin kamu rasa 'kegemukan' .
3. Orang yang mencintai kamu selalu nak tau apa yang kamu buat sepanjang hari dan dia nak tau aktiviti kamu..
4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi", "selamat hari minggu" , "selamat malam" & apa jua selamat walaupun kamu tak reply smsnya.
5. Jika kamu menyambut hari jadi dan tak menjemputnya..setidaknya dia akan call untuk mengucapkan selamat atau mengirim sms.
6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu..bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa..kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya.
7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat tiap kata2 yang kamu ucapkan..bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah ucapkan.
8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu..bahkan mungkin meminjam CD/kaset kamu..kerana dia ingin tau kesukaanmu..kesukaanmu kesukaannya jua.
9. Jika kali terakhir berjumpa, kamu sedang demam atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms atau menghubungi dan menanyakan keadaanmu.. kerana dia risau keadaan kamu.
10.Jika kamu memberitahu kamu ada ujian, dia akan bertanya bila ujian itu dan bila harinya tiba dia akan mengirimkan sms seperti 'good luck" atau menghubungi kamu untuk memberi semangat.
11. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tapi itu ialah suatu barang yang istimewa buat dia.
12. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bersembang dengan kamu dalam telefon, sehingga kamu menjadi binggung ketika itu..dia merasa sangat gugup kerana kamu telah 'menggoncang' dunianya.
13. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya denganmu.
14. Jika suatu saat kamu harus berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu berhati-hati dengan keadaan di situ yang mungkin boleh membawa pengaruh buruk kepadamu.
15. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
16. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal2 yang 'pelik' spt menelefon kamu 100x dalam sehari, atau membangunkanmu di tengah malam kerana dia mengirim sms atau menelefonmu..kerana saat itu dia sedang memikirkan kamu.
17. Orang yang mencintai kamu kadang2 merindukanmu dan melakukan perkara2 yang membuat kamu rimas atau gila..ketika kamu memberitahu tindakannya membuat kamu terganggu, dia akan minta maaf dan tak kan melakukannya lagi.
18. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu, dia akan mengajar kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!
19. Kalau kamu tengok handphone si dia, hanya nama kamu yang penuh dalam inboxnya. .Dia masih menyimpan sms kamu walaupun sms itu sudah berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
20. Dan jika kamu menghindarinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan sedar dan hilang dari kehidupanmu walaupun benda itu membunuh hatinya..kerana apa yang diingininya hanyalah kebahagiaanmu.
21. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan ia akan ada disana menunggumu kerana ia tak pernah mencari orang lain. Ya???? ia selalu menunggumu.
