Lamanya dah tak update blog ni..Nak kata sibuk kerja, jadi surirumah je pun..Sibuk2 pun sempat gak membuta sejam dua petang2..Malas sebenarnya..Bukan nak cerita pasal malas..Kisah ni dah berbulan2 lama dulu..Saja nak flash back..Nak gak jadi macam ni selalu..
.....Beberapa bulan yang lalu, kalau tak silap hari Sabtu.....
"Abg, teringin la nak makan cheese cake..Nanti kalau keluar, rajin2 singgah la Secret Recipe.."
"Tengoklah nanti.."
"Abg, teringin la nak makan cheese cake..Nanti kalau keluar, rajin2 singgah la Secret Recipe.."
"Tengoklah nanti.."
.....Beberapa jam kemudian....
"Wah!Abg beli kek.."( tak ingat sgt la apa aku cakap masa ni..)
"Kang tak beli merajuk pulak.."( saja tambah2..)
"Wah!Abg beli kek.."( tak ingat sgt la apa aku cakap masa ni..)
"Kang tak beli merajuk pulak.."( saja tambah2..)
Bila kami bukak je tengok2 besday kek..Ada tulis ' Happy Birthday Ekin '..Dah sah staff silap bagi kek..Dahla bagi seketul kek coklat..Kami beli yang slice je..Resit sebagai bukti..Lain kita minta lain lak orang bagi..Nak hantar balik, jauh..So, hubby pun call la..Pom pang pom pang, hubby pun tak nak hantar balik sebab jauh & diaorang pulak tak leh nak datang amik..Finally diaorang minta maaf..Bukan salah kami pun..Staff yang cuai..Diaorang suruh buang aje..Esok datang amik kek yang sepatutnya kami beli..Sayang lak nak buang kan..Kami makan aje la..
.....Keesokkannya.....
Akhirnya dapat balik kek yang kami nak..Tak perlu bayar lagi tu..Free aje..Seronoknya..Bila banyak2 kek ni tak lalu lak makan..Penuh peti sejuk..Apa pun rezeki la katakan..Siapa tak nak benda free kan..Sedap pulak tu..Tapi hubby tak nak beli kek kat situ dah..Lepas dia bising2 ngan staff yang cuai tu..Lain kali beli kat tempat lain..Nasib baik ada banyak cawangan..
.....Hari ini.....
Dengar2 Secret Recipe diragui status halal sebab ada DNA babi..Sejak dengar cerita yang bukan2 ni, terus patah selera nak beli kek kat situ dah..Walaupun teringin nak makan kek..Tapi bila lalu je depan kedai tu, ada lagi orang Islam yang beli..Erm..Musykil2..Diaorang ni tak baca berita ke pura2 tak ambil tau??...

Bila baca kat blog2 mengenai isu halal ni rupanya hanya salah faham saja..Patutlah ada lagi yang nak beli kek kat sini..Sempat jugak copy paste info ni..Berguna untuk semua orang..Lepas ni leh la layan Secret Recipe..Hehehe..
.....Susulan isu JAKIM yang menarik balik pengiktirafan status halal dua jenis produk dari jenama Puratos keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. iaitu "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" dan "Talento Cakes Concentrate Secret Recipe", terjadi salah faham mengenai kehalalan kek keluaran syarikat bakeri terkenal iaitu Secret Recipe. Isu ini timbul besar kemungkinan disebabkan penggunaan nama "Secret Recipe" pada kedua-dua produk keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd tersebut. Maka orang ramai membuat kesimpulan (termasuk saya) bahawa kek keluaran Secret Recipe adalah tidak halal.